Kepada: Semua ahli persatuan
TARIKH BARU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELIMA DAN HARI KELUARGA PERSATUAN “DOWN SYNDROME” PULAU PINANG
Surat Notis Mesyuarat Agung Tahunan Kelima Persatuan “Down Syndrome” Pulau Pinang yang telah dihantar kepada tuan/puan adalah berkaitan.
2. Oleh kerana tarikh pilihan raya yang kesebelas jatuh pada hari Ahad 21 Mac 2004, maka mesyuarat agung tahunan kelima dan hari keluarga persatuan akan diadakan pada hari Ahad 04 April 2004 pada masa dan tempat yang sama, iaitu jam 8:30 pagi hingga 4:00 petang di Paradise Sandy Bay Resort.
Sebagai tambahan, pihak hotel telah membuat tawaran harga penginapan RM130.00 setiap bilik dengan 3 sarapan (termasuk individu yang mengalami DS) bagi mereka yang ingin menempah bilik pada hari Sabtu, 03 April 2004.
3. Sila maklumkan kehadiran tuan/puan sekeluarga pada mana-mana AJK (No. tel. dan lokasi tempat tinggal disertakan di bawah) sebelum 23 Mac 2004.
Sekian, kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.
Puan Noorani binti Ahmad
Setiausaha PDSPP
Tel: 04-2826248 / 019-4114248 ( Sharifah/ Pengerusi/ Jln. Hargreaves)
04-8266086 ( Koay Gee Beng / Naib Pengerusi/ Jln. York)
04-6445848/ 019-4156494 ( Noorani/ Setiausaha/ Tmn. Sri Nibong)
04-8281191/ 019-4481911 ( Ooi Kim Sian/ Pen. Setiausaha/ Jln. Balik Pulau, Air Itam)
04-6595391 /017- 5824333 ( Selvi Muthayah/ Bendahari/ Lorong Batu Lancang)
04-6576219 /016-4512757 ( Shierly Chan Lai Mun / AJK/ Lintang Delima 11)
04-2828032 /019-4458753 ( Goh Kee Chong/ AJK/ Jln. P. Ramlee)
04-6445204 ( Puteh Hashim/ AJK/ Jln. Tun Dr. Awang)
04-8990784/ 0124938863 ( Omar Md. Noor/ AJK/ Tg. Tokong)
04-4918191 ( Joyce Ho / AJK/ Taman Indah, Lunas)
019-4456722 ( Sheirly Lim Siew Eang/ AJK/ Tmn. Teluk Air Tawar)
Report 2003
LAPORAN TAHUNAN 2003
PERSATUAN ‘DOWN SYNDROME’ PULAU PINANG
1.0 MUKADDIMAH
Persatuan ‘Down Syndrome’ Pulau Pinang (PDSPP) terus melaksanakan objektifnya semasa penubuhan persatuan empat tahun yang lepas, iaitu, membantu dan mendorong individu yang mengalami Down Syndrome (DS) menjalani kehidupan yang lebih berfaedah dan bermakna serta memberi sokongan kepada keluarga individu yang mengalami DS. Pelbagai aktiviti telah dijalankan termasuklah mengadakan pameran, minggu kesedaran DS, permainan (bowling) serta latihan sukan (sesi berenang) dan perjumpaan dengan ibu bapa yang baru dikurnia anak yang mengalami DS. Diharapkan pada tahun-tahun seterusnya, PDSPP akan terus dapat menyumbang baktinya kepada ahli-ahli dan kepada masyarakat amnya. Selain daripada itu, ahli-ahli juga diseru untuk terus memberi sokongan padu kepada semua aktiviti persatuan serta memberi pendapat dan pandangan demi untuk penambahbaikan perjalanan aktiviti-aktiviti persatuan.
2.0 AHLI JAWATANKUASA 2003
Pengerusi : Puan Sharifah Bee Daud
Naib Pengerusi : Encik Koay Gee Beng
Setiausaha : Puan Noorani Ahmad
Penolong Setiausaha : Puan Ooi Kim Sian
Bendahari : Puan Selvi Muthayah
AJK : Encik Goh Kee Chong
: Puan Joyce Ho
: Encik Omar Md. Noor
: Puan Puteh Hashim
: Puan Shierly Chan
: Puan Sheirly Lim
Juru Odit : Puan Tan Say Bee
: Encik Ng Heng Peng
Penasihat : Dr. Sim Joo Seng
: Encik Joseph Yeoh
: Tuan Haji Mahfudz Bin Haji Omardi
3.0 MESYUARAT JAWATANKUASA
Disepanjang sesi 2003 ini, mesyuarat AJK telah diadakan sebanyak 11 kali, termasuk satu mesyuarat AJK luar biasa. Tarikh-tarikhnya adalah seperti berikut:
1. 21 Mac 2003 2. 18 April 2003
3. 23 Mei 2003 4. 27 Jun 2003
5. 24 Julai 2003 6. 21 Ogos 2003
7. 15 November 2003 8. 18 Disember 2003
9. 29 Januari 2004 10. 26 Februari 2004
Satu mesyuarat AJK luar biasa telah diadakan pada 1 Julai 2003 untuk membincang dan mendapat kelulusan pembelian beberapa item bagi persiapan untuk Special Olympics Sports Carnival yang diadakan pada 20 Julai 2003.
4.0 KEAHLIAN
Sehingga laporan ini disediakan, terdapat 208 keluarga yang telah berdaftar dengan persatuan sebagai ahli. Namun begitu, hanya terdapat 71 sahaja ahli yang berbayar pada tahun 2003, termasuk 41 ahli seumur hidup. 8 daripada ahli merupakan ahli bersekutu.
5.0 LAPORAN AKTIVITI
5.1 Aktiviti berterusan
Kebanyakan aktiviti permainan dan sukan dijalankan secara berterusan setiap minggu atau setiap dua minggu kecuali semasa cuti am, cuti sekolah atau sebab-sebab lain yang tidak dapat dielakkan.
1. Permainan bowling di JayaBowl pada setiap hari Rabu– untuk anak-anak 12 tahun ke atas.
2. Permainan ‘padang’ di stadium USM dan renang di kolam renang USM ( anak-anak 6 tahun ke atas) pada setiap hari Ahad. Aktiviti ini bermula pada 6 Julai 2003.
3. Pelbagai permainan diadakan di Sekolah Antarabangsa Uplands pada setiap hari Sabtu. Aktiviti ini terhenti dari 28 Jun 2003 disebabkan cuti sekolah. Sehubungan dengan ini, satu jamuan ‘potluck’ telah diadakan serta penyampaian sijil kepada 18 pelajar yang secara sukarela membantu persatuan mengendalikan beberapa permainan untuk kanak-kanak.
4. Aktiviti ‘hiking’ di Stesen 3, Taman Belia, jam 4:30 petang, bermula pada 19 Jun 2003. Aktiviti ini dirancang untuk diadakan pada setiap dua minggu. Namun begitu ia terpaksa dihentikan selepas tiga kali pertemuan.
5.2 Perjumpaan dengan ibu bapa
Diperingkat awal, perjumpaan dengan ibu bapa yang baru mendapat anak yang mengalami DS dirancang untuk diadakan pada setiap bulan pada hari Sabtu ketiga di bilik persatuan di Kompleks Masyarakat Penyayang. Namun begitu, hanya 6 perjumpaan mampu diadakan, dengan tarikh dan program seperti berikut;
1. 31 Mei, 21 Jun, 16 Ogos 18 Oktober 2003 - perjumpaan, perbincangan serta bertukar – tukar maklumat dan pengalaman di bilik persatuan dengan beberapa AJK persatuan.
2. 19 Julai 2003 – perjumpaan dengan Dr. Cheah Yee Peng, pakar kanak-kanak dari hospital Pulau Pinang di dewan Pusat Sumber HPP. Dr. Cheah telah memberi ceramah tentang ‘Health Guidelines for children with DS’.
3. 20 September 2003 - perjumpaan dengan Cik Norhayati dari Pusat Pemulihan Carakerja HPP di dewan Pusat Sumber HPP. Cik Norhayati telah menyampaikan ceramah tentang ‘Home Program for children with DS’.
Diharapkan kewujudan perjumpaan sedemikian dapat membantu ibu bapa mendapatkan pengetahuan dan maklumat yang boleh dimanafaatkan oleh mereka yang hadir serta berkongsi pengalaman dan perasaan. Sebagai langkah proaktif yang diambil oleh persatuan, nama-nama anak sehingga umur 2 atau 3 tahun serta ibu bapa mereka diperoleh dari Pusat Pemulihan Carakerja Hospital Pulau Pinang untuk dihubungi. Pihak persatuan juga telah menerima beberapa panggilan daripada ibu bapa yang baru dikurnia anak yang mengalami DS atau yang ingin mengetahui tentang persatuan. Mereka turut dijemput ke perjumpaan ibu bapa ini.
5.3 Pameran
Sebanyak 3 aktiviti berbentuk pameran telah diadakan. Antara lain matlamatnya ialah mewujud serta meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan masyarakat tentang DS.
1. Pameran di Island Plaza untuk ‘Charity Week With Island Plaza’ pada 13, 14 dan 15 Jun 2003. Pada hari terakhir, 15 Jun, beberapa orang anak ahli persatuan telah mengadakan persembahan pentas sehubungan dengan perayaan ‘Father’s Day’. Dua tarian dan pembacaan ‘poem’ telah dipersembahkan.
2. Minggu Kesedaran Down Syndrome di HPP telah diadakan pada 15 hingga 20 September 2003 dengan acara perasmian disempurnakan oleh Dato’ Dr. Toh Kin Woon pada hari Isnin 15 September. Kanak-kanak serta guru-guru dari beberapa buah kelas khas telah hadir pada hari tersebut. Persatuan juga telah menyampaikan 8 cenderahati kepada organisasi yang telah banyak membantu persatuan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti.
3. Pameran semasa perayaan ‘World Children’s Day’ di ruang legar, Dewan Tuanku Syed Putra, USM pada 4 Oktober 2003, anjuran Working Committee of Pre-school Education, Penang Education Consultative Council.
5.4 Hubungan dengan organisasi lain
Persatuan juga telah bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran organisasi lain seperti berikut;
1. Persatuan Wanita USM telah menjemput PDSPP untuk menghadiri jamuan ‘Hi- tea’ di Hotel Equatorial pada 24 Mei 2003. Tiga orang anak ahli telah turut membuat persembahan, iaitu tarian dan pembacaan ‘poem: God’s Special Child’.
2. Seramai 15 keluarga hadir untuk menyaksikan acara sukan dalam ‘Special Olympics of Penang Sports Carnival’ yang dianjurkan oleh ‘Special Olympics of Penang’ pada 20 Julai 2003 di stadium USM. 9 orang anak ahli telah mengambil bahagian dalam beberapa acara sukan dan setiap seorang telah memenangi sekurang-kurangnya satu pingat.
3. Sebilangan ahli persatuan serta Dr. Sim Joo Seng telah menghadiri upacara Pelanjaran Kempen Tandatangan untuk menyokong kelulusan Cadangan Akta Orang Kurang Upaya oleh Tan Sri Lee Lam Thye di Kompleks Bukit Jambul pada 10 Ogos 2003.
4. Seramai 5 orang ahli persatuan telah menghadiri satu kursus untuk melatih sukan renang dan ‘bocee’ yang dianjur oleh Penang Special Olympics.
5.5 Aktiviti lain
1. Persatuan juga telah dijemput untuk menghadiri satu dialog di antara pertubuhan-pertubuhan orang kurang upaya dengan pihak SUHAKAM pada 31 Julai di Hotel City Bay View. PDSPP serta Kumpulan Sokongan Autistik dan Asia Community Service telah mewakili kumpulan orang kurang upaya intelek.
2. Beberapa orang ahli persatuan telah hadir dalam satu perjumpaan tak rasmi dengan Mr. Balbir Singh dan keluarga dari Persatuan Down Syndrome Singapura.
3. Persatuan telah menerima sumbangan 30 tiket daripada Dr. Chew Yu Gee dari ‘Hope Children’s Hospital’ untuk pertunjukan ‘Beauty and the Beast’ di PISA pada 22 November 2003. Tiket-tiket ini telah diagihkan kepada anak-anak ahli serta seorang waris mereka jika perlu. Pemegang tiket juga dijemput menghadiri jamuan makan malam dan berjumpa dengan pelakon-pelakon dalam ‘Beauty and the Beast’di sebuah hotel. Persatuan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada sumbangan beliau ini.
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Hari Orang Kurang Upaya pada 9 Disember 2003 di Prangin Mall. Pada hari tersebut, Cik Marina Fr?lich telah menerima anugerah Olahragawati OKU 2003 berdasarkan kecemerlangan beliau dalam bidang sukan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Cik Marina dan diharapkan lebih ramai lagi anak-anak kita akan berkecimpung dalam bidang sukan.
5. Jamuan teh sempena penyampaian hadiah kepada persatuan oleh International Women Association di bilik persatuan pada 13 Januari 2004. Setiap tahun IWA telah menyumbang sebanyak RM1000.00 kepada PDSPP. Pada tahun 2003, pihak IWA telah meminta persatuan memilih sendiri jenis sumbangan yang diperlu, dan barangan yang dibeli ialah set TV serta antenna dan ‘hot water pot’ untuk kegunaan ahli di bilik persatuan.
6.0 PENUTUP
Persatuan ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua ahli yang telah bekerjasama dan memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan untuk semua individu dan organisasi yang telah banyak membantu dan menyokong aktiviti persatuan dari segi sumbangan kewangan dan tenaga, termasuk semua pihak Hospital Pulau Pinang, ‘International Women’s Association’, Unit Sukan USM , JayaBowl dan Sekolah Antarabangsa Uplands.
Disepanjang tahun ini juga, sebanyak 2 naskah ‘Newsletter’ telah dihantar kepada ahli-ahli dan beberapa individu/organisasi yang berminat untuk memaklumkan aktiviti yang telah dan akan diadakan oleh persatuan. Ini juga merupakan satu cara perhubungan dengan ahli selain daripada e-mail. Dengan ini juga diharapkan setiap ahli akan terus memainkan peranan untuk memperkenalkan persatuan dan membantu keluarga yang baru dikurniai anak yang mengalami DS.
AGENDA for AGM 2004
Aturcara Majlis Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Tahunan Kelima
Persatuan “Down Syndrome” Pulau Pinang
8:30 am Pendaftaran ahli
9:30 Ahli serta keluarga berkumpul
Ucapan aluan oleh Puan Pengerusi
Acara bebas/ berkenalan/ berbincang
Minum
10:30 Mesyuarat Agung bermula
Setiap keluarga diwajibkan menghantar seorang wakil ke Mesyuarat Agung
Acara hari keluarga diteruskan di tepi pantai dan kanak-kanak mesti diawasi oleh ibu/bapa/penjaga yang tidak hadir mesyuarat.
12:30 tgh. Jamuan makan tengah hari.
Majlis bersurai
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan aluan oleh Pengerusi PDSPP
2. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2003
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Keempat
4. Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan bagi tahun 2003
5. Pembubaran AJK PDSPP bagi tahun 2003
6. Pelantikan Pengerusi sementara
7. Pelantikan AJK bagi tahun 2004
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
6 orang Ahli Jawatankuasa
2 orang Juru Odit
8. Perkara berbangkit
9. Pembentangan dan Perbahasan usul (jika ada)
10. Ucapan Penangguhan
MINUTES OF AGM 2003
Aturcara Majlis Hari Keluarga & Mesyuarat Agung Tahunan Kelima
Persatuan “Down Syndrome” Pulau Pinang
8:30 am Pendaftaran ahli
9:30 Ahli serta keluarga berkumpul
Ucapan aluan oleh Puan Pengerusi
Acara bebas/ berkenalan/ berbincang
Minum
10:30 Mesyuarat Agung bermula
Setiap keluarga diwajibkan menghantar seorang wakil ke Mesyuarat Agung
Acara hari keluarga diteruskan di tepi pantai dan kanak-kanak mesti diawasi oleh ibu/bapa/penjaga yang tidak hadir mesyuarat.
12:30 tgh. Jamuan makan tengah hari.
Majlis bersurai
AGENDA MESYUARAT
1. Ucapan aluan oleh Pengerusi PDSPP
2. Pembentangan dan Pengesahan Laporan Tahunan 2003
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Keempat
4. Pembentangan dan Penerimaan Penyata Kewangan bagi tahun 2003
5. Pembubaran AJK PDSPP bagi tahun 2003
6. Pelantikan Pengerusi sementara
7. Pelantikan AJK bagi tahun 2004
Pengerusi
Naib Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
Bendahari
6 orang Ahli Jawatankuasa
2 orang Juru Odit
8. Perkara berbangkit
9. Pembentangan dan Perbahasan usul (jika ada)
10. Ucapan Penangguhan