Kepada semua ahli PDSA

 

 

1.         Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan “Down Syndrome” Pulau Pinang akan mengadakan Hari Keluarga  sempena ulangtahun keenam penubuhan PDSA  pada tarikh dan tempat seperti berikut;

           

            Tarikh  :  Sabtu 1 Oktober 2005

            Jam      :  2:30 pagi hingga 5:00 petang  

            Tempat :  Paradise Sandy Beach Resort, Pulau Pinang 

 

2.         Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Persatuan ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan/puan. Sila kembalikan jawapan tuan/puan sebelum 27 September 2005 ke alamat seperti yang diberikan atau melalui AJK (No. tel. dan lokasi tempat tinggal disertakan di bawah).

 

3.         Bayaran untuk jamuan makan tengah hari ibu bapa ( atau dua orang waris terdekat ) serta anak yang mengalami Down Syndrome dibiayai oleh PDSA . Selain daripada ibu bapa atau dua orang waris terdekat, ahli keluarga lain yang ingin menyertai Hari Keluarga dikenakan bayaran RM15.00 bagi setiap dewasa dan RM 8.00 bagi anak-anak yang berumur 4 tahun hingga 11 tahun . Bayaran boleh dibuat semasa pendaftaran atau melalui AJK. Mereka yang belum menjelaskan yuran tahunan keahlian boleh lah mejelaskan yuran mereka semasa pendaftaran.

 

 

4.        Pehak hotel membenarkan penggunaan kolam renang selepas majlis tersebut. Setiap ibu bapa  bertanggungjawab ke atas keselamatan anak mereka dan sila bawa tuala dan pakaian renang sendiri.

 

5.        Untuk keluarga yang ingin menginap di hotel selepas atau sebelum majlis tersebut, pehak Hotel menawarkan RM 150.00 semalam termasuk sarapan untuk 2 orang. Bayaran perlulah dijelaskan terus kepada  pehak hotel.

 

 

Sekian, kerjasama dan sokongan tuan/puan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

 

Back to Events

 

Back to Home