PUSAT KOMUNITI/ LATIHAN PERSATUAN ’DOWN SYNDROME’ PULAU PINANG
1.0 Pengenalan
Persatuan Down Syndrome Pulau Pinang (PDSPP) telah ditubuhkan pada tahun 1999 dan sebahagian besar keahliannya terdiri daripada ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang mengalami sindrom Down. Sebagai kumpulan sokongan ibu bapa, kebanyakan aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan memberi sokongan kepada ibu bapa berkenaan. PDSPP juga menjalankan aktiviti dan projek bermanfaat kepada individu yang mengalami sindrom Down. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat PDSPP untuk mewujudkan sebuah Pusat Komuniti/ Latihan yang akan menjalankan latihan-latihan termasuk latihan untuk Program Intervensi Awal (EIP) demi kepentingan masa depan anak-anak yang mengalami sindrom Down.
2.0 Objektif
Pusat ini amat perlu dengan bertambahnya kelahiran anak-anak yang mengalami sindrom Down. Buat masa ini, PDSPP menyewa sebuah ruang pejabat di Kompleks Masyarakat Penyayang Pulau Pinang dan ruang ini tidak mencukupi untuk menampung pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh persatuan. Objektif utama penubuhan Pusat Komuniti/ Latihan PDSPP ialah untuk membolehkan persatuan mengadakan aktiviti setempat dan memulakan perancangan untuk program EIP. Aktiviti yang dijalankan merupakan pelengkap kepada pembelajaran yang dilalui oleh anak-anak di sekolah masing-masing.
3.0 Aktiviti PDSPP
Aktiviti yang akan dijalankan di pusat ini ialah:
Perjumpaan dengan ibu bapa yang baru dikurnia anak yang mengalami sindrom Down Support meetings for new Parents.
Play group bagi kanak-kanak yang mengalami sindrom Down serta adik beradiknya
Toy Library
Permainan padang ( jika tempat sesuai) Field Games
Sesi komputer Computer classes
Kelas tarian & pergerakan Dance and Expression Classes
Perjumpaan kelab remaja yang mengalami sindrom Down
Seminar & ceramah Seminars and Awarness meetings
Pusat sumber (buku, jurnal dan video yang berkaitan)
Mesyuarat Jawatankuasa dan juga mesyuarat dengan NGO lain.
Mesyuarat Agung Tahunan (jika ruang mencukupi)
Sheltered workshops untuk dewasa yang mengalami sindrom Down
Program Intervensi Awal (EIP)
4.0 Sumber Bantuan
Sekurang-kurangnya tiga sumber bantuan yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:
Kerajaan Negeri Pulau Pinang:
Memohon geran tahunan untuk membiayai Pusat Komuniti PDSPP
Individu/ Syarikat:
Memohon sumbangan keperluan asas penubuhan pusat tersebut ( sebagai contoh perabot, peralatan elektrik, komputer dll.)
Memohon sumbangan perbelanjaan pengurusan pusat tersebut.
Orang Ramai
Memohon sumbangan tunai atau sebagainya
Please click on
calender for full list of current Activivities.
Click here to find the location of the center