NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KEEMPAT

PERSATUAN “DOWN SYNDROME” PULAU PINANG

 

1.                Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan “Down Syndrome” Pulau Pinang akan mengadakan Majlis Jamuan “High Tea” serta Mesyuarat Agung yang keempat  pada

 

HARI AHAD 2HB MAC 2003 JAM 2.OO PETANG

 

Di  Uplands International School of Penang,

Jalan Kelawai, Pulau Pinang

 

2.                Ahli Jawatankuasa Pertubuhan ini mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan kehadiran tuan/puan. Sila kembalikan jawapan tuan/puan sebelum 27hb Februari 2003 ke alamat seperti di atas.

 

3.                Kanak-Kanak yang mempunyai Down Syndrome bersama 2 orang dewasa tidak dikenakan bayaran. Berlebihan daripada itu, tiap-tiap seorang yang berumur lebih daripada 10 tahun dikenakan bayaran RM8.00 seorang .

 

Bayaran yuran boleh dibuat sebelum Mesyuarat Agong dimulakan.

 

Sekian, terima kasih.

 

Sharifah Bee Daud-Fröhlich

Setiausaha PDSPP Tal. 04-2826248 Fax: 04-2829926

Atur Cara Majlis Mesyuarat Agung Keempat

Persatuan Down Syndrome P. Pinang

 2.00 petang:      Pendaftaran ahli

 2:30 petang       Ucapan Selamat Datang oleh Pengerusi PDSPP

 2:35 petang       Ucapan Penasihat PDSPP Dr. Sim Joo Seng                

2:40 petang       Jamuan “High Tea”

 3:15 petang       Mesyuarat dimulakan.

                          Kanak-kanak akan mengambil bahagian dalam permainan

 Ajenda Mesyuarat

 1.     Ucapan aluan oleh Pengerusi  PDSPP

2.     Menerima dan meluluskan Laporan Tahunan

3.     Menerima dan meluluskan Minit Mesyuarat Agung ketiga

4.     Menerima dan meluluskan Laporan Kewangan bagi tahun 2002

5.     Pembubaran AJK PDSPP sesi 2002

6.     Melantik Pengerusi Sementara

7.     Melantik AJK bagi tahun 2003

Pengerusi

          Naib Pengerusi

          Setiausaha

          Penolong Setiausaha

          Bendahari

          6 orang Ahli Jawatankuasa

          2 orang Juru Odit

          Penasihat-Penasihat

 8.     Perkara Berbangkit

9.     Membahaskan Usul

 

5:00 petang:    Majlis Bersurai